awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Agong: Polis tahan pemilik akaun 'Aaron Yee'

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2020
09:10 MYT
Hina Agong: Polis tahan pemilik akaun 'Aaron Yee'
Satu tangkapan telah dibuat dan individu tersebut akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Seorang pemilik akaun Facebook dengan nama 'Aaron Yee' telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung status berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi satu kenyataan media, lelaki berusia 35 tahun itu akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
PDRM juga sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa lagi akaun media sosial yang melakukan perkara yang sama.
Antara akaun yang dikenalpasti ialah akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikri, serta akaun Facebook dengan nama 'Haizad Azhar'.
Siasatan diklasifikasikan di bawah seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
PDRM menasihatkan orang ramai mendukung prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu kententeraman awam atau mendatangkan kebencian.
Topic Berkaitan
#Aaron Yee
#akta hasutan
#laman sosial
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan