awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agensi kemanusiaan PBB desak Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan
Malaysia perlu sampai mesej jelas perangi sindiket dadah - Lee
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Jata Negara: PDRM serbu syarikat penerbitan

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2020
12:16 MYT
Hina Jata Negara: PDRM serbu syarikat penerbitan
Huzir berkata serbuan dijalankan pada jam 3 petang oleh sepasukan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman. Foto: Bernama
Polis menyerbu sebuah syarikat penerbitan yang dikaitkan dengan buku dikatakan mengandungi penghinaan terhadap logo Jata Negara di Seksyen 11, Petaling Jaya, pada Selasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata serbuan jam 3 petang itu dilakukan sepasukan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.
Beliau berkata, polis sehingga kini sudah menerima 32 laporan berhubung isu itu daripada pelbagai pihak di seluruh negara.
"Dalam serbuan itu, kita merampas 313 naskhah buku yang masih tersimpan dan belum terjual.
"Polis sedang membuat penelitian terhadap buku terbabit. Penulis serta pereka gambar pada kulit buku berkenaan sudah dikenal pasti dan akan disiasat," katanya pada sidang media di Bukit Aman, pada Selasa.
Beliau berkata, sebanyak empat kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Buku yang dirampas itu mempamerkan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara dan mendapat perhatian selepas tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis dan menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang terbabit.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Datuk Huzir Mohamed
#jata negara
#syarikat penerbitan
#USJT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan