Pemuda UMNO Pahang hari ini menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kerana menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik.
Ketua Pemudanya Mohd Shahar Abdullah berkata tindakan itu mencerminkan kebiadapan dan kecetekan akal pemimpin pembangkang itu yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini serta melampaui batas seorang ahli politik.
Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau berkata Mahfuz perlu ingat bahawa meskipun beliau adalah seorang Anggota Parlimen, namun dirinya masih tertakluk di bawah undang-undang apabila berceramah di hadapan orang awam.
Berikutan itu Pemuda UMNO Pahang menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan.
Pemuda UMNO juga mendesak Mahfuz membuat permohonan ampun terhadap Sultan Pahang secara terbuka atas tindakannya yang dangkal dan tidak boleh diterima itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2018
Mohd Shahar juga mendesak Mahfuz membuat permohonan ampun terhadap Sultan Pahang secara terbuka atas tindakannya yang dangkal dan tidak boleh diterima itu. - Gambar fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Mat Sabu dari 'cerita skandal' jadi Menteri Pertahanan
Bukan tugas mudah bergelar menteri pertahanan kerana semua sistem pertahanan dan keselamatan kini berada di bawah kawalan dan seliaan beliau.
Hina Sultan Pahang, Pemuda UMNO Pahang mahu Mahfuz dikenakan tindakan
Tindakan itu mencerminkan kebiadapan dan kecetekan akal pemimpin pembangkang itu yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini serta melampaui batas seorang ahli politik.