Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, di sini memutuskan untuk menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam bagi menghalau 'lembaga hitam' yang didakwa dilihat oleh para pelajarnya.
Menurut pengetuanya, Siti Hawa Mat, kesemua pelajar dan guru juga diberi cuti peristiwa sehari selepas insiden gangguan bermula pada Isnin.
Siti Hawa memberitahu, serangan histeria yang bermula pada Isnin melibatkan 25 pelajar dan ia berulang sekali lagi pada Rabu apabila lebih 50 pelajar dan 11 guru diserang histeria.
Menurutnya, ini pertama kali peristiwa seumpamanya berlaku di sekolah berkenaan yang dibina pada 2001.
Kesemuanya mendakwa terlihat satu 'lembaga hitam'.
“Saya minta maaf kerana tidak bertanyakan (kepada pelajar) tentang bentuk hantu itu. Apabila mereka ditanya, kata mereka cuma 'lembaga'. Biasanya kalau histeria, orang kata 'lembaga hitam' sahaja,” kata Siti Hawa dalam satu sidang media hari ini.
Menurutnya lagi, keadaan di sekolah terbabit sudah terkawal selepas pengamal perubatan Islam datang membantu.
Katanya lagi pelajar yang diserang histeria juga pulih sekitar tengah hari pada Rabu sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu seorang guru yang diserang histeria pada Rabu, Norlailawati Ramli memaklumkan gangguan bermula ke atas pelajar sebelum merebak kepada beberapa guru.
“Bila saya pegang dia (pelajar), memang terasalah macam berat tangan dan saya bacalah apa yang saya (ingat) dan beristighfar. Memang hilang kawalan masa itu, lepas dia balik, mula pada saya sebelah kiri memang ada macam orang berpaut.. nampak kelibat, macam hitam begitu,” kata Norlailawati.
Bagi seorang lagi guru, Kamariah Ibrahim, dia membaca ayat suci Al-Quran sejurus hilang kawalan kerana dipercayai dirasuk.
“Dia (lembaga hitam) macam nak masuk, tetapi kawan-kawan terus baca ayat (Al-Quran) di sekeliling. Rasa besar kepala, rasa kebas, air mata mengalir tidak berhenti, baca ayat Qursi, kepala jadi ringan adalah dalam masa sejam juga," kata Kamariah.
Sesi persekolahan dengan 1,044 pelajar dan 84 guru ini akan meneruskan sesi persekolahan pada Ahad dengan pemantauan oleh beberapa ustaz dan pengamal perubatan Islam.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengulas, keputusan untuk menagguhkan sesi persekolahan SMK Pengkalan Chepa 2 itu boleh dikendalikan ooleh pejabat pendidikan daerah.
"Panas pun cuti... Jerebu pun cuti... Histeria pun cuti. Biar peringkat pejabat pendidikan daerah (berurusan) dengan pengetua," ujar beliau ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-55 di Kuala Terengganu pada Khamis.
Muhafandi Muhamad
Thu Apr 14 2016
serangan histeria yang bermula pada Isnin melibatkan 25 pelajar dan ia berulang sekali lagi pada Rabu apabila lebih 50 pelajar dan 11 guru diserang histeria. - Gambar fail
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Histeria: Pelajar asrama SMK Batu Kikir, Jempol dibenarkan pulang sementara waktu
Kesemua 165 pelajar asrama SMK Batu Kikir (Model Khas), Jempol dibenarkan pulang sementara waktu susulan kejadian histeria di sekolah berkenaan.
Ngeri dan misteri... 'Histeria The Series' angkat isu sosial di sekolah
Astro Originals tampilkan kesinambungan filem box office 2008, Histeria, yang lebih berani, gore dan mengujakan.
Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit anak sulung daripada tiga beradik itu termasuk membawanya ke hospital dan berubat secara tradisional.
Penonton Munafik 2 terkena histeria bila ustaz Azhar baca ayat Ruqyah?
Filem sekuel, Munafik 2 yang mencetuskan fenomena dengan sambutan luar biasa daripada penonton terus mencuri tumpuan apabila dikatakan ada dalam kalangan penonton yang terkena 'histeria'.
Histeria menyerang SMK Ketereh, puluhan pelajar jadi mangsa
Histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh kembali menyerang buat kali ketiga dengan 30 pelajar pula menjadi mangsa.
Histeria: Lelaki diikat sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar
Mangsa dikatakan berada dalam parit sambil meronta-ronta di Jalan Stesen Kampung Kuala Sawah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak bomba.
Histeria berkait rapat dengan kebersihan diri
Histeria adalah berkait rapat dengan penjagaan kebersihan diri, dan jika ia diabaikan, mahkluk halus akan mudah mendekati mangsa.
PPD diberi kuasa tangani kes histeria - Mahdzir
Pihak sekolah juga dibenar mencari penyelesaian terbaik termasuk dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.
Sekolah histeria: Pengamal perubatan Islam bantu halau makhluk halus
Beberapa pengamal perubatan Islam dan dukun sudah memulai sesi menghalau makhluk halus di sekolah berkenaan.
Takutkan anak dengan makhlus halus penyebab histeria - Mufti Kelantan
Sikap menakut-nakutkan anak dengan makhluk halus merupakan antara penyebab berlaku histeria, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.