awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Home schooling 101: Apa dan bagaimana?

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/01/2019
09:19 MYT
Home schooling 101: Apa dan bagaimana?
Homeschool semakin menjadi pilihan ibu bapa. - Gambar hiasan/Pixabay
Pendidikan di rumah atau lebih dikenali sebagai home schooling kini menjadi antara salah satu pilihan ibu bapa untuk pendidikan anak-anak.
Jika anda merancang untuk meletakkan anak-anak anda home schooling, ini antara panduan yang dikongsi oleh Mohd Ridzuan Abdul Ghani, seorang bapa dan salah seorang tenaga pengajar di ICS Learning Resources, yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam kaedah ini.
Apa itu home schooling?
Pendidikan tanpa memerlukan seorang kanak-kanak ke sekolah biasa. Ada beberapa cara untuk melaksanakan home schooling, antaranya menggajikan tutor ke rumah, belajar secara atas talian atau ibu bapa sendiri bertindak sebagai tenaga pengajar.
Homeschool 101
1. Tetapkan hala tuju pendidikan keluarga Penting untuk mempunyai objektif dan garis masa. Kenalpasti apa yang mahu dicapai dan bila.
2. Tentukan siapa guru besar Sukar untuk bergerak ke arah yang dimahukan jika kapal mempunyai dua nakhoda. Justeru perlu ada seorang ketua yang jelas, ibu atau ayah.
3. Tentukan tugas masing-masing Suami dan isteri perlu tahu peranan masing-masing. Anak-anak juga perlu dijelaskan tentang objektif utama.
4. Jadual tetap bukan satu keperluan Ibu bapa boleh bincang dan tetapkan apa yang ingin dicapai pada hari itu.
5. PIES Empat aspek pembangunan; physical (fizikal), intellectual (intelek), emotional (emosi) dan spiritual (rohani). Kesemua aspek ini perlu 'dihidupkan' pada setiap saat kerana anak-anak sentiasa melihat dan mendengar.
Topic Berkaitan
#guru
#Homeschool
#Kanak-kanak
#keluarga
#komunikasi
#pendidikan
#rumah
#sekolah
#skil sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan