Masyarakat perlu memberi kerjasama dan menghormati tugas anggota penguatkuasa agensi kerajaan kerana mereka hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, anggota penguatkuasa hanya melaksanakan perintah mengikut undang-undang yang disediakan dan tidak lebih dari itu.
"Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, mereka boleh membawa perkara berkenaan kepada pihak atasan atau ke mahkamah, biar pihak yang berwajib tentukan tindakan anggota berkenaan sah di sisi undang-undang atau tidak.
"Masyarakat tidak boleh mengambil tindakan sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyempurnakan Majlis Khatan beramai-ramai di sini hari ini.
Sebanyak 180 kanak-kanak berusia antara 2 tahun hingga 12 tahun menyertai majlis berkenaan yang dianjurkan UMNO Bahagian Tanjong Karang.
Noh berkata demikian ketika mengulas insiden dua anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam dikasari sepasang suami isteri ketika menjalankan tugas di Sungai Buloh Khamis lalu.
Pasangan suami isteri itu kemudian dijatuhi hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam semalam dan turut diarahkan membayar denda RM3,000 atau penjara tujuh hari lagi sekiranya gagal membayar denda.
Tambah Noh, setiap undang-undang digubal dan dikuatkuasakan adalah bagi menjaga kepentingan dan keselamatan orang awam dan ia perlu dihormati.
"Undang-undang tidak bermakna jika ia tidak dikuatkuasakan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai majlis berkenaan, Noh berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha UMNO untuk mengekalkan tradisi berkhatan yang lengkap dengan acara tepung tawar, bersanding dan bersiram.
"Ibubapa hanya dikenakan bayaran RM40 untuk seorang anak, manakala baki sebanyak RM100 akan ditanggung oleh UMNO Bahagian Tanjong Karang," jelasnya. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2016
Anggota penguatkuasa hanya melaksanakan perintah mengikut undang-undang yang disediakan dan tidak lebih dari itu. - Gambar fail
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).
MBSA laksanakan projek rintis pemasangan pengecas kenderaan elektrik di PBT
Projek rintis itu dilaksanakan susulan garis panduan memasang pengecas kenderaan EV dikeluarkan kerajaan Persekutan pada September 2023.
MBSA beri kebenaran roboh Stadium Shah Alam - Amirudin
Proses perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu dijangka dilaksanakan tidak lama lagi.
MBSA sedia 445 CCTV pantau kawasan risiko banjir, tapak pelupusan haram
CCTV berkenaan dipasang bagi pemantauan 24 jam dan sebagai persediaan menghadapi banjir di kawasan pentadbiran majlis itu, termasuk 145 CCTV bergerak di kawasan tapak pembuangan sampah haram.
10 pengecas EV percuma disediakan di Shah Alam
Perkhidmatan berkenaan boleh didapati di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan di pejabat cawangan MBSA.
MBSA tutup jalan sempena Hari Tanpa Kenderaan Ogos 2023
MBSA akan menutup beberapa jalan sempena penganjuran program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2023, Ahad ini.
Berkeras halang bomba alih pokok timpa kereta
Tindakan mangsa tersebut dipercayai bertujuan membuat tuntutan kepada pihak MBSA.
Pegawai kanan MBSA didakwa terima Vellfire
Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan MBSA mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima Toyota Vellfire 2.5, enam tahun lepas.
MBSA, Prolintas jalin kerjasama sedia laluan khas ketika banjir
MoU bertujuan melaksanakan pelan tindakan banjir yang memberi manfaat kepada penduduk sekitar serta pengguna laluan itu.
MBSA nafi Datuk Bandar Shah Alam ditahan SPRM
Datuk Zamani Ahmad Mansor hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak SPRM pada Rabu.