Pembinaan hotel mewah seperti The St Regis Langkawi merupakan strategi bagi meningkatkan lagi reputasi pulau
peranginan ini di persada dunia, khususnya dalam kalangan pelancong berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata dengan pembukaan hotel mewah itu, nama Pulau Langkawi akan mendapat tempat lebih tinggi lagi di peringkat antarabangsa melalui pembangunan lain yang bakal menyusul.
"Apa yang belum dapat kita lakukan ialah (promosi untuk) membawa pelancong 'upmarket' (kelas tinggi) atau pun 'premium market' (pasaran premium) ke Langkawi.
"Bila kita dapat bawa pelancong 'upmarket', kita dapat (mewujudkan) lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi dan sumber permintaan (lebih untuk) kraftangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke hotel The St Regis Langkawi, yang akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini, malam ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pembinaan hotel bertaraf enam bintang itu merupakan permulaan kepada usaha mewujudkan lebih banyak lagi infrastruktur pelancongan yang bersesuaian dengan citarasa pelancong
berpendapatan tinggi.
Beliau berkata kerajaan juga merancang menambah penerbangan terus antarabangsa ke Langkawi bagi meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke pulau ini.
"Buat masa ini, hanya ada satu penerbangan terus antarabangsa yang melibatkan perjalanan di antara Guangzhou, China dan Langkawi.
"Melalui penambahan penerbangan terus seperti ini, ia akan meletakkan pulau ini di dalam peta dunia pelancongan," kata beliau.
Menurutnya The St Regis Langkawi melambangkan kejayaan kerjasama di antara sektor kerajaan dan swasta serta hubungan baik di antara Malaysia dan Indonesia.
"Hasilnya, hotel ini siap dalam masa 19 bulan. (Ini merupakan) satu rekod (kerjasama) swasta dan kerajaan yang boleh menjayakan projek bertaraf antarabangsa dan menepati bajet," katanya.
Projek The St Regis Langkawi merupakan usaha sama di antara Kementerian Kewangan menerusi Ministry of Finance Incorporated dan Rajawali Group, sebuah syarikat dari Indonesia.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Pegawai Eksekutif Rajawali Group, Tan Sri Peter Sandakh antara yang mengiringi Perdana Menteri dalam tinjauan itu.
Bernama
Sun May 29 2016
NAJIB: Pembinaan hotel bertaraf enam bintang itu merupakan permulaan kepada usaha mewujudkan lebih banyak lagi infrastruktur pelancongan yang bersesuaian. - Filepic
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
The Face Style catat kadar penginapan 95% tahun ini, 80% pelancong China
Meskipun baru setahun beroperasi, hotel bertaraf lima bintang itu kini mencapai kadar penginapan purata kira-kira 95 peratus sehari.
32 termasuk 4 penjawat awam ditahan sertai parti liar
Empat penjawat awam antara 32 individu ditahan selepas disyaki terlibat dalam parti liar yang diadakan di sebuah hotel mewah di Jalan Pinang, di sini awal pagi tadi.
Akibat perintah berkurung, chef tawar khidmat masakan mewah di rumah pelanggan
Dia membawa bahan ke rumah pelanggannya dan menggunakan peralatan mereka untuk menyediakan hidangan berkualiti seperti restoran mewah.
Empat terbunuh, 12 cedera bom meletup di hotel mewah
Empat terbunuh, 12 cedera bom meletup di hotel mewah
BCorp dapat kontrak bangunkan hotel mewah di Jepun
BCorp menjangka projek itu dengan hotel mewah serta akuarium yang menggabungkan teknologi digital terkini dan kehidupan laut sebenar akan membawa tenaga dan kemakmuran kepada bandar Yokohama.
Neelofa orang ketiga dunia menginap di hotel mewah RM200,000 semalam
RM200,000 satu malam, kalau seminggu?
Siasatan kes FIC: Peguam, pembantu direman lima hari
Seorang peguam dan pembantu wanita direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Hotel mewah strategi tarik pelancong berpendapatan tinggi ke Langkawi - Najib
Dengan pembukaan hotel mewah itu, nama Pulau Langkawi akan mendapat tempat lebih tinggi lagi di peringkat antarabangsa.
Hotel terbesar di dunia bakal dibuka di Mekah
Abraj Kudai bakal memiliki 10,000 buah bilik, 70 buah restoran dan 4 buah pad helikopter.
Shanghai bina hotel bawah tanah pertama di dunia
Tiga tingkat bangunan hotel bertaraf lima bintang itu terletak di atas tanah dan 17 tingkat lagi di bawah tanah.