Tutup

Hujan lebat punca tanah runtuh belakang apartment di Rawang

Hujan lebat punca tanah runtuh belakang apartment di Rawang
Anggota bomba melakukan pemeriksaan di kawasan lereng belakang Apartment Dahlia yang runtuh malam tadi. -Foto Sinar Harian
RAWANG: Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan berlaku runtuhan tanah di belakang Apartment Dahlia, Jalan Desa Country Homes, di sini, malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai memaklumkan kejadian pada jam 9.41 malam.

Menurutnya, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

"Hasil pemerhatian runtuhan melibatkan kawasan lereng belakang apartment berkeluasan 20x30 kaki persegi dengan ketinggian lereng kira-kira 150 meter.
"Runtuhan tanah itu tidak merosakkan struktur bangunan. Tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya menerusi satu kenyataan.