awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman anggota tentera rogol isteri rakan ketika tumpang bermalam, kekal

Bernama
Bernama
08/07/2020
11:55 MYT
Hukuman anggota tentera rogol isteri rakan ketika tumpang bermalam, kekal
Mohd Zulkarnain, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen itu.
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dihadapi seorang anggota tentera yang disabitkan kesalahan merogol isteri rakannya semasa bermalam di rumah pasangan itu empat tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan terakhir Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak selepas mendapati rayuannya tidak mempunyai merit.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan P. Ravinthran dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Sesyen Ampang dan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Sesyen Ampang pada 2017, mendapati Mohd Zulkarnain bersalah terhadap pertuduhan merogol wanita itu, ketika itu berusia 25 tahun, di dalam bilik tidur apartmennya di Ampang, Selangor pada 3.30 pagi, 12 Julai, 2016.
Mohd Zulkarnain, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen itu.
Mohd Zulkarnain gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mahkamah itu pada 13 Feb tahun lepas menolak rayuannya, mendorongnya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Menurut fakta kes, mangsa sedang tidur dengan anaknya apabila Mohd Zulkarnain masuk ke dalam bilik dan merogolnya dalam keadaan gelap.
Suami mangsa tiada di rumah ketika itu.
Mohd Zulkarnain, dalam pembelaannya, tidak menafikan yang dia bermalam di rumah mangsa tetapi menafikan dia merogol wanita itu.
Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin mewakili Mohd Zulkarnain manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim mewakili pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Mahkamah Rayuan
#Mahkamah Sesyen
#mangsa
#rogol
#rogol isteri rakan
#tentera
#tentera rogol isteri rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan