Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull bersetuju sekiranya hukuman bunuh dijatuhkan kepada pelaku rasuah, memandangkan kesalahan tersebut adalah ibu kepada segala jenayah.
Bagaimanapun, beliau berpendapat tahap itu masih belum dapat dilakukan di Malaysia seperti yang dilaksanakan di China.
Beliau turut mencadangkan agar hukuman sebat diberikan kepada individu yang didapati bersalah melakukan rasuah yang dirasakan dapat memberi pengajaran kepada yang lain.
"Hukuman bunuh? Saya setuju, bunuh sahaja seperti yang dilakukan di China. Ini kerana rasuah adalah ibu kepada segala jenayah, dengan rasuah jenayah seperti judi haram, pelacuran, pendatang tanpa izin dan penyeludupan senjata, dan banyak lagi boleh berlaku,
“Saya setuju apa yang dikatakan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) tetapi ia (hukuman bunuh) tidak mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia. Kalau tak boleh cara itu, saya cadangkan sebat, kerana sebat ini dapat menghalang pelaku rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi temu bual di Radio Bernama dan Majlis Deklarasi dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ketua-Ketua Jabatan Bernama di sini, hari ini.
PM Dr Mahathir sebelum ini turut ditanya sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan bertajuk Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam pada Isnin di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford.
Jawab Dr Mahathir, individu yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara dan menambah bahawa di sesetengah negara pesalah rasuah ditembak mati tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah itu.
Azyyati Ahmad
Fri Sep 28 2018
Mohd Shukri juga dalam masa yang sama mencadangkan agar hukuman sebat diberikan kepada individu yang didapati bersalah melakukan rasuah. - Gambar fail
Serangan Israel di Rafah tidak boleh diterima - AS
Keputusan Israel untuk merampas, menyerang dan mengawal lintasan Rafah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Serangan ke atas Rafah diperhebat oleh tentera Israel
Terbaharu kereta kebal Israel dilihat menembak ke arah selatan bandar Rafah yang sesak pada Rabu.
[TERKINI] Sultan Selangor perkenan Selangor FC tidak hadir, kecewa dengan MFL
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual pada Jumaat.
Baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.
Baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.
Sultan Sharafuddin perkenan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa dengan MFL
Selangor FC sedia berdepan dengan apa sahaja tindakan susulan tidak hadir ke Piala Sumbangsih, titah Sultan Sharafuddin.
TH sentiasa ingatkan jemaah haji patuhi peraturan baharu kerajaan Arab Saudi
Patuhi setiap peraturan baharu yang dikenakan Kerajaan Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang masalah, pesan Menteri Agama.
Sistem paparan maklumat laluan MRT Kajang alami gangguan
Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan pihak teknikal sedang berada di lokasi untuk kerja baik pulih.
20 ekor anjing terperangkap dalam situasi banjir di Brazil
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil, Rio Grande do Sul.
Situasi itu mendorong sukarelawan penyelamat menyertai misi penyelamatan mereka pada Rabu ketika usaha mencari mangsa hujan lebat yang telah membunuh 100 dan menyebabkan 128 hilang, masih diteruskan.
Situasi itu mendorong sukarelawan penyelamat menyertai misi penyelamatan mereka pada Rabu ketika usaha mencari mangsa hujan lebat yang telah membunuh 100 dan menyebabkan 128 hilang, masih diteruskan.
Puting beliung musnahkan bahagian hadapan kedai di Michigan
Puting beliung yang melanda Michigan mengakibatkan bahagian hadapan kedai musnah tanpa dinding atau bumbung di sebuah pusat beli-belah kecil di Portage, Michigan pada Rabu.
Seorang pengurus restoran berkata, situasi itu memaksa kakitangannya berteduh di dalam peti sejuk restoran tersebut, bagi menyelamatkan nyawa mereka.
Seorang pengurus restoran berkata, situasi itu memaksa kakitangannya berteduh di dalam peti sejuk restoran tersebut, bagi menyelamatkan nyawa mereka.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Wanita di Israel berhimpun di Tel Aviv pada Rabu, menuntut pembebasan kira-kira 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza selepas enam bulan perang Israel terhadap Hamas.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berdepan tekanan dan bergelut dengan tekanan di dalam dan luar negara apabila beliau membuat pertimbangan sejauh mana operasi mengalahkan hamas di rafah akan terus dilakukan.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berdepan tekanan dan bergelut dengan tekanan di dalam dan luar negara apabila beliau membuat pertimbangan sejauh mana operasi mengalahkan hamas di rafah akan terus dilakukan.
Tentera Israel adakan latihan tembakan di Golan Heights
Tentera Israel mengadakan latihan tembakan secara langsung di Golan Heights yang dikuasai rejim itu pada Rabu.
Golan Heights merupakan sebahagian daripada Syria sehingga tahun 1967, namun ditawan Israel dalam Perang Enam Hari, yang kemudiannya diduduki dan dijajah rejim itu pada tahun 1981.
Golan Heights merupakan sebahagian daripada Syria sehingga tahun 1967, namun ditawan Israel dalam Perang Enam Hari, yang kemudiannya diduduki dan dijajah rejim itu pada tahun 1981.
Tiada tekanan ke atas Mohd Shukri lepas jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi bekas Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk meletak jawatan.
Latheefa Koya kini terajui SPRM, ganti Shukri Abdull
Pelantikan peguam itu berkuat kuasa mulai 1 Jun 2019.
Dana RM90 juta 1MDB tak masuk ke dalam akaun Pas - SPRM
SPRM mengesahkan tiada kemasukan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun Pas seperti yang didakwa sebelum ini.
SPRM akan siasat TH jika penyelewengan libatkan salah guna kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kes Tabung Haji (TH) sekiranya penyelewengan melibatkan salah guna kuasa.
"Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull bersetuju sekiranya hukuman bunuh dijatuhkan kepada pelaku rasuah.