Tutup

"Hulur bantuan waktu berkempen tak salah" - Muhyiddin

"Hulur bantuan waktu berkempen tak salah" - Muhyiddin
Kerajaan tidak boleh behenti memberi bantuan, walau waktu mana sekali pun termasuk ketika kempen Pilihan Raya Kecil, tegas Muhyiddin Yassin. - Gambar hiasan
TANJUNG PIAI: Tiada salahnya untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan bantuan kepada rakyat, walaupun sewaktu dalam tempoh berkempen, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, secara realistiknya, kerajaan akan terus bekerja demi rakyat tanpa mengira waktu dan masa serta bantuan yang dihulurkan sewaktu tempoh berkempen tidak boleh dianggap sebagai memancing undi.
Dalam masa sama, beliau mempersoalkan mengapa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak mempertikai janji calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang mahu menghantar orang Melayu Islam menunaikan Umrah jika berjaya memenangi kerusi itu.

“Itu tak salah, kerana kerajaan tak terhenti dengan pilihan raya kecil. The government must work, tak kira bila masa. Kawasan sini ke atau Mersing ke... bantuan mesti diberikan.. yang saya nak soalkan calon BN ini, kata kalau menang kata nak hantar pergi umrah. Macam mana? Is that not an element of corruption?
“Jadi Bersih 2.0 kena tengok sana. Saya bersama Bersih juga, berkempen berhimpun ramai-ramai (dahulu). They have to be factual, because nothing is perfect. Tapi to be realistic, kerajaan tak boleh behenti memberi bantuan, walau waktu mana sekali pun,” katanya lagi.


Tag: hulur bantuan waktu berkempen, tidak salah, kerajaan tidak kira masa, Pakatan Harapan, Muhyiddin Yassin, pilihan raya kecil, PRK Tanjung Piai, Bersih 2 0



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.