Lebih dua hektar hutan di kawasan antara Bukit Bendera ke Kek Lok Si, Air Itam dekat sini terbakar berikutan pembakaran terbuka longgokan pokok yang ditebang di situ malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Pooh berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu kira-kira 7.12 malam sebelum pasukan tersebut terus ke lokasi dan sehingga 10.30 malam tadi, api masih marak.
"Selain pihak bomba, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) turut terlibat dalam operasi memadam kebakaran hutan itu, setakat ini saya difahamkan lebih dua hektar telah terbakar.
"PBS terpaksa menggunakan motosikal untuk ke lokasi berhampiran hutan yang terbakar itu sebelum berjalan kaki kerana tiada laluan untuk kawasan tersebut," katanya di sini, malam tadi.
Beliau berkata api merebak begitu cepat berikutan angin kuat dan pihak bomba ketika itu sedang berusaha memadam kebakaran supaya ia tidak terus merebak ke kawasan hutan di atas bukit tersebut.
Phee berkata berdasarkan maklumat awal kebakaran itu berlaku disebabkan pembakaran terbuka longgokan pokok yang ditebang di kawasan itu sebelum berlaku kemerebakan berikutan angin bertiup kuat.
"Kami sedang mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang membakar longgokan pokok dalam kawasan hutan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong Muzamer Mohd Salleh berkata kebakaran itu melibatkan hutan tebal dan tiada jalan ke lokasi serta pihak bomba terpaksa berjalan kaki mendaki ke kawasan yang terbakar.
"Terdapat empat spot kebakaran dengan anggaran keluasan setiap spot adalah satu hektar dan tindakan kami adalah berjalan kaki mendaki ke lokasi kebakaran serta membuat kerja pemadaman dengan menggunakan pemerap api dan jet shooter," katanya.
Selain itu, asap tebal turut dapat dilihat dari jarak hampir 10 kilometer dari kawasan Bukit Bendera. Difahamkan kawasan yang terbakar itu jauh dari lokasi rumah penduduk di kawasan peranginan Bukit Bendera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020
Kebakaran melibatkan hutan tebal dan tiada jalan ke lokasi serta pihak bomba terpaksa berjalan kaki mendaki ke kawasan yang terbakar. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Banjir: Kuala Kedah sekali lagi dinaiki air pasang besar
Tiada rumah dan premis perniagaan yang terjejas dan keadaan kembali terkawal selepas air mulai surut satu jam kemudian.
Pentas festival roboh akibat angin kuat, 1 maut
Pihak penganjur telah mengarahkan tapak festival tersebut dikosongkan susulan angin kuat, sekali gus menggantung sementara acara berkenaan.
2 cedera ribut rosakkan 7 khemah di CAC Klang - Polis
Tujuh daripada 12 khemah di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klang di Dewan Serbaguna, Jalan Pekeliling, Pelabuhan Klang dekat sini rosak dalam kejadian ribut pada 11.30 pagi hari ini.
Tokyo 2020: Ombak ganas, angin kencang ganggu prestasi pelayar negara
Dalam perlumbaan ketiga di Teluk Enoshima, wakil negara bermula baik menamatkan saingan 21 pasukan itu di tangga ke-18.
Kereta, rumah dihempap pokok tumbang
Seorang wanita serta lima anaknya diselamatkan ketika pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Perkasa Taman Maluri.
Puting beliung rosakkan 14 rumah, masjid di Yan
Dalam kejadidan kira-kira jam 3 petang itu, sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan puting beliung dan banyak cermin tingkap kediamannya itu pecah.
5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.
Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 7 malam sebelum sebuah jentera ke lokasi kejadian.
Hutan Bukit Bendera terbakar
Bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu kira-kira 7.12 malam sebelum pasukan tersebut terus ke lokasi dan sehingga 10.30 malam tadi, api masih marak.
Mayat wanita lemas ketika berkayak dibawa pulang ke Singapura
Mayat mendiang telah melalui proses bedah siasat pasukan forensik Hospital Kemaman kira-kira pukul 12 tengah hari Khamis, dan selesai pada 3.30 petang.