Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Hutan di puncak Bukit Berekeh terbakar

Hutan di puncak Bukit Berekeh terbakar
ebahagian daripada kawasan hutan dan belukar di Bukit Berekah yang musnah dalam kebakaran. - JBPM
SUNGAI SIPUT: Lebih dua hektar kawasan hutan di puncak Bukit Berekeh, berhampiran penempatan Orang Asli Kampung Bawong, Lasah, dekat sini musnah dalam kebakaran, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 11.36 pagi.

Menurutnya, seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput segera ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi pemadaman.

“Disebabkan lokasi kejadian di puncak bukit, anggota bomba menggunakan teknik pemerap api untuk operasi pemadaman,” katanya.
 Bomba menggunakan teknik pemerap api dalam operasi pemadaman. - Foto: JBPM

Bukit Berekeh atau turut dikenali sebagai Bukit Botak, yang berketinggian 454 meter (1,940 kaki) sering menjadi lokasi aktiviti pendakian kerana keindahan pemandangan dari puncak.
“Ini kawasan rekreasi, mungkin ada pembakaran terbuka sehingga menyebabkannya merebak sehingga lebih dua hektar.

“Cuaca panas dan kering sekarang mungkin juga antara penyumbang berlaku kebakaran,” ujarnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Jeffry Abdullah masih melakukan pemantauan bagi memastikannya tidak merebak.


Tag: bukit berekeh, bukit botak, hutan terbakar, kampung bawong, sungai siput, jbpm, bomba, perak



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.