Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup atas dakwaannya melabel pertubuhan itu sebagai pelampau.
“Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan label dan tuduhan-tuduhan liar terhadap PERKASA apatah lagi tuduhan yang dibuat oleh seorang menteri kabinet yang bertanggungjawab kepada perpaduan negara,” kata Ibrahim yang juga merupakan pengasas PERKASA ketika ditemui pemberita di lobi mahkamah.
Katanya jika Joseph hendak membuat pertuduhan, beliau harus mempunyai bukti kerana menurutnya PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang sah di sisi udang-undang.
Menurut Ibrahim, PERKASA selama ini tidak pernah melakukan apa-apa tindakan ‘esktremis’ seperti mengadakan demonstrasi mahupun protes di jalan raya.
Katanya terdapat juga pihak lain yang membuat kenyataan menghina Islam dan juga Yang DiPertuan Agong namun tidak banyak pihak yang mengutuk tindakan mereka itu.
“Tetapi bila PERKASA menjawab soalan-soalan berkaitan Perlembagaan negara, Islam dan kedudukan orang-orang Melayu… bila mereka serang kita jawab, bila kita jawab kita dituduh rasis… kita dituduh ekstremis, manakala yang menuduh kita tidak dilabel sedemikian sebagai yang dibuat Joseph Kurup,” kata Ibrahim lagi.
Saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Jalan Duta di sini oleh peguam mereka, Adnan Seman kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Adnan juga memberitahu antara sebab-sebab lain PERKASA failkan saman adalah kerana tindakan Joseph menggesa Pejabat Peguam Negara supaya membuka semula siasatan yang melibatkan kenyataan Ibrahim untuk membakar Bible berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah ‘Allah’.
Joseph, pada 24 Disember lalu telah mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan pertubuhan seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan PERKASA sebagai pengganas dan pelampau.
Katanya, tindakan serta cara kumpulan tersebut adalah bercanggah dengan nilai utama yang menjadi asas pembentukan negara Malaysia.
PERKASA sebelum ini turut telah memfailkan saman terhadap jurucakap kumpulan 25 tokoh Melayu profesional (G25) Datuk Noor Farida Ariffin.
Kemudian pada Isnin lalu, Joseph telah sekali lagi membuat kenyataan menyifatkan golongan ekstremis berhaluan kanan sebagai musuh nombor satu negara.
Katanya golongan tersebut sering menanam rasa takut di kalangan masyarakat dan merosakan keharmonian negara.
Joseph yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan integrasi nasional itu turut merasakan bahawa kumpulan ekstremis itu jika dibiarkan akan menjadi halangan kepada perpaduan nasional.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada sebuah persidangan anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asian (ASLI).
Haider Yutim
Wed Jan 28 2015
Saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh peguam, Adnan Seman. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Ibrahim Ali fail saman fitnah ke atas Joseph Kurup
Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup atas dakwaannya melabel pertubuhan itu sebagai pelampau.