awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bersama OKU rentung, rumah terbakar di Matu

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
05/02/2020
04:57 MYT
Ibu bersama OKU rentung, rumah terbakar di Matu
Dua buah rumah jenis tidak kekal musnah dijilat api di Kampung Sekaan Kecil, Matu, awal pagi ini. - Foto JBPM Sarawak
Seorang ibu bersama anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung di ruang tamu dalam satu kebakaran yang berlaku di Matu, dekat sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian sama, empat yang lain terselamat dalam insiden sekitar jam 2.09 pagi, melibatkan dua buah rumah di Kampung Sekaan Kecil.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Remlah Mesie, berusia 50-an dan Sedah Sahari, 80-an.
"Dua mangsa yang maut ditemui semasa operasi menjalankan kerja-kerja overhaul di ruang rumah kedua sekitar jam 4.20 pagi," katanya.
Menurutnya, tiga daripada empat yang terselamat merupakan pasangan suami isteri iaitu Mahsi Rais dan Aminah Ali Ahmad, kedua-duanya berusia 60-an, serta Norhajijah Abdullah, 15 tahun, penghuni di rumah pertama.
Mangsa yang sesak nafas menerima rawatan di hospital. - Foto JBPM Sarawak
Mangsa yang sesak nafas menerima rawatan di hospital. - Foto JBPM Sarawak
Seorang lagi mangsa yang selamat, Abdul Razak Mesie, 40 tahun, yang tinggal di rumah kedua, bagaimanapun terpaksa dihantar ke hospital kerana mengalami sesak nafas.
Kedua-dua buah rumah jenis tidak kekal tersebut musnah 100 peratus dalam kejadian itu.
Mayat mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis di lokasi untuk tindakan lanjut.
Kedua-dua buah rumah jenis tidak kekal yang terlibat dalam kebakaran itu musnah 100 peratus. - Foto JBPM Sarawak
Kedua-dua buah rumah jenis tidak kekal yang terlibat dalam kebakaran itu musnah 100 peratus. - Foto JBPM Sarawak
Operasi pemadaman melibatkan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro bersama sebuah jentera Atego.
Ia diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Imran Ahmad dan Komander Operasi, Mustapha Wasli, selain enam anggota polis dan dua anggota Pasukan Bomba Sukarela.
Topic Berkaitan
#JBPM Sarawak
#kebakaran
#Matu
#maut
#meninggal dunia
#OKU
#rumah jenis tidak kekal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan