awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dan teman lelaki kes dera kanak-kanak di Taman Kosas ditahan reman

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
04/08/2015
07:17 MYT
Ibu dan teman lelaki kes dera kanak-kanak di Taman Kosas ditahan reman
Ibu mangsa diiringi pegawai polis ketika di mahkamah siang tadi. - Astro AWANI/Syah Hairizal Kamalul Arifin
Ibu kepada kanak-kanak tujuh tahun yang meninggal dunia semalam selepas didakwa didera, direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Ampang, di sini hari ini.
Perintah tahanan itu dikeluarkan Majistret Nor Farah Hazwani Osman bermula hari ini dan berakhir 10 Ogos.
Turut direman, seorang lelaki berusia 41 tahun dipercayai teman lelaki ibu mangsa.
Pasangan itu ditahan di rumah wanita berkenaan di Flat Taman Kosas, Ampang, kira-kira 3 petang semalam.
Mangsa merupakan murid Tahun Satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Kosas.
Laporan polis berhubung kematian kanak-kanak tersebut dibuat oleh seorang doktor perubatan Hospital Ampang yang membuat pemeriksaan ke atas mangsa semalam.
Berdasarkan laporan polis, kanak-kanak itu dibawa ke hospital kira-kira jam 8.55 pagi Isnin. Kanak-kanak itu meninggal dunia ketika pemeriksaan dibuat.
Pemeriksaan juga mendapati beberapa kecederaan termasuk kecederaan lama di bahagian kemaluan, pinggang, tangan kiri, tangan kanan dan muka.
Mayat mangsa kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Ampang
#kes dera
#Taman Kosas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan