NATIONAL
Ibu hidap kanser meninggal dunia, lima beradik kini sebatang kara

Ibu kepada lima beradik yang mendapat simpati orang ramai selepas kisah sedihnya disiarkan Astro AWANI sehari sebelum Aidilfitri lalu meninggal dunia Jumaat malam. -Astro AWANI
Ibu kepada lima beradik yang mendapat simpati orang ramai selepas kisah sedihnya disiarkan Astro AWANI sehari sebelum Aidilfitri lalu meninggal dunia Jumaat malam.
Akma Ismail, 41, meninggal dunia akibat kanser payu dara tahap empat sekitar jam 7.15 malam ini di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini.
Empat lagi adik beradik Azrin berada di rumah mereka di Besut.
Astro AWANI pada 23 Jun lalu menyiarkan kisah lima beradik yang berduka dalam menantikan kedatangan 1 Syawal.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami