awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu maut ditikam anak sendiri

Bernama
Bernama
12/11/2019
07:28 MYT
Ibu maut ditikam anak sendiri
Suspek yang berusia 38 tahun itu mempunyai rekod rawatan psikiatri dan telah ditangkap oleh orang awam yang melihat dia menikam dua lagi mangsa, sebelum diserahkan kepada polis.
Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dengan menggunakan pisau dapur di Taman Kampung Padang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa Sefiah Hamid, 62, dipercayai ditikam suspek berusia 38 tahun dan tidak bekerja itu antara jam 8.30 hingga 10.30 pagi di ruang tamu rumah mereka.
"Suspek kemudiannya dipercayai menolak jenazah mangsa yang diletakkan di atas kerusi roda sejauh 50 meter sehingga menyebabkan orang ramai menyedari kejadian tersebut dan terus menghubungi polis.
"Siasatan awal mendapati mangsa hanya tinggal berdua dengan suspek semasa kejadian berlaku dan difahamkan mangsa pernah mengalami masalah patah tulang belakang menyebabkan dia tidak boleh bergerak," katanya kepada pemberita.
Mohamad Noor berkata, suspek juga dipercayai telah menikam adik perempuannya di bahagian belakang dan rakan lelaki adiknya pada lengan yang secara kebetulan melalui lokasi tempat suspek berhenti bersama-sama jenazah ibunya.
Mohamad Noor juga mengesahkan, suspek yang mempunyai rekod rawatan psikiatri telah ditangkap oleh orang awam yang melihat dia menikam dua lagi mangsa, sebelum diserahkan kepada polis dalam keadaan tangan dan kaki berikat.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dengan dua lagi mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.
Mohamad Noor seterusnya menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan video dan gambar kejadian kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan dan mengaibkan serta menjatuhkan moral keluarga mangsa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu maut ditikam anak sendiri
#Kuantan
#mental
#Pahang
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#suspek
#tikam guna pisau dapur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan