awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
Hamas sedia mudahkan penyerahan pentadbiran Gaza kepada badan bebas
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu pegawai bomba maut dalam kemalangan di Gerik

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/12/2019
13:03 MYT
Ibu pegawai bomba maut dalam kemalangan di Gerik
Kenderaan yang dipandu pegawai bomba bersama ibunya itu dalam perjalanan dari arah Jeli ke Gerik. - Foto JBPM
Ibu kepada seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Machang, Kelantan maut selepas kenderaan yang dipandu pegawai itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 52 Lebuhraya Timur Barat, dekat sini, hari ini.
Nooraini Mohd Isa, 65, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dipandu Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Joharudin Hashim, 41, berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki bersama isteri dan dua anak perempuan mereka yang berumur 2 tahun dan dua bulan.
Joharudin dan empat sekeluarga itu turut cedera.
Menurut jurucakap JBPM Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 1 tengahari.
“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan mereka kepada ambulan.
“Mangsa yang maut pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Ismail Che Isa berkata, ketika kejadian, kenderaan yang dipandu pegawai bomba bersama ibunya itu dalam perjalanan dari arah Jeli ke Gerik.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mereka dipercayai telah hilang kawalan lalu berpusing dan masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar Myvi.
“Akibat daripada perlanggaran itu, penumpang hadapan Toyota Avanza telah tersepit dalam kenderaan itu dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Gerik,” ujarnya.
Menurutnya, mangsa yang cedera dirujuk ke Hospital Gerik.
Polis turut menahan pegawai bomba berkenaan untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan
#Gerik
#Hospital Gerik
#ibu pegawai bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM Perak
#JBPM Zon Machang
#jeli
#Joharudin Hashim
#Lebuhraya Timur Barat
#Nooraini Mohd Isa
#Polis Daerah Gerik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan