awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICERD: Apa yang ada di Malaysia sudah cukup baik - Shafie

Bernama
Bernama
23/11/2018
13:45 MYT
ICERD: Apa yang ada di Malaysia sudah cukup baik - Shafie
SHAFIE: Gunakanlah ICERD di negara-negara lain di mana ada berlaku pergaduhan antara agama. - Gambar fail
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata apa yang ada Malaysia kini termasuk amalan toleransi agama dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini sudah cukup baik.
Justeru katanya tidak perlu diwujudkan sesuatu yang boleh mengundang masalah sehingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan rasa ketidak selesaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan seperti Malaysia amnya dan Sabah khasnya.
"Di Malaysia, tidak ada amalan-amalan yang menidakkan mana-mana agama. Itu dalam Islam (perintah supaya tidak menindakkan orang lain mengamalkan agamanya).
"Islam itu rahmat kepada sekalian alam..Agama dia (yang lain) dengan agama dia. Memang sudah jadi amalan di Malaysia selama ini. Jadi memang tidak ada persoalan di sini," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Indonesia ke Malaysia Rudi Kirana di pejabatnya hari ini.
BACA: Kerajaan nyata pendirian tidak akan meratifikasikan ICERD
Mohd Shafie berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).
Justeru katanya adalah wajar bagi Malaysia untuk mempertahankan perlembagaannya yang memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan atau halangan.
Katanya di Malaysia, khususnya di Sabah, tidak pernah berlaku kejadian satu penganut agama mengancam keselamatan orang lain semata-mata disebabkan perbezaan agama malah sebaliknya rakyat berbeza agama di Sabah sentiasa saling bantu membantu antara satu dengan lain.
"Gunakanlah ICERD di negara-negara lain di mana ada berlaku pergaduhan antara agama.
Kita di Malaysia ini, di Sabah ini hidup tenteram, tidak ada perbezaan. Malah kita saling bantu-membantu. Ini yang perlu kita galakkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agama
#ICERD
#Ketua Menteri Sabah
#Malaysia
#pelbagai kaum
#Sabah
#Shafie Apdal
#toleransi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan