Masyarakat dinasihat untuk tidak membuat andaian melampau berhubung hasrat Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang boleh menimbulkan berbagai persepsi negatif dalam hubungan antara kaum di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan juga tidak tergesa-gesa berhubung rundingan berkenaan dan akan meneliti terlebih dahulu perkara tersebut dengan lebih terperinci.
"Apa yang ingin saya nasihatkan dalam hal ini, kita perlu menerima nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perkara ini perlu dibincang dahulu, tidak boleh tergesa-gesa dan kita pun tidak melihat perkara ini perlu dibuat tergesa-gesa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kafa Interaktif peringkat negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Mujahid turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keghairahan pihak-pihak tertentu yang cuba menggambarkan isu tersebut (ICERD) satu fakta yang tidak betul antara lainnya jika ditandatangani hak orang Melayu akan terhapus.
"Selain hak orang Melayu, hak raja-raja juga dikatakan akan terhapus, Islam dan sebagainya sedangkan benda itu tidak timbul. Segala apa yang kita buat perjanjian di peringkat antarabangsa sekalipun akan berakhir keputusan itu di peringkat penggubalan undang-undang iaitu di Parlimen dan tidak semestinya mereka setuju," katanya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa perjanjian ICERD tidak akan mengubah entiti negara sama ada dari sudut perlembagaan, kebudayaan dan sebagainya.
Mujahid berkata pihaknya akan mengadakan rundingan meja bulat esok bersama Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi mendapatkan input dan maklum balas mengenai perkara tersebut.
"Dari situ (rundingan meja bulat) ia mungkin dapat membantu perdana menteri mendapatkan maklumat lengkap termasuklah memorandum yang telah dikemukakan oleh Gerakan Pembela Ummah yang baru-baru ini datang ke Parlimen dan ia akan turut dijadikan input," katanya.
Pada Rabu lepas, perdana menteri dilapor berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu.
Dalam perkembangan lain, Mujahid mengakui terdapat aktiviti pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Mujahid berkata beliau telah mengambil langkah dengan mendapatkan maklumat terlebih dahulu berhubung perkara itu daripada Jabatan Agama Islam negeri, Jabatan Pendidikan negeri dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam dan ternyata kegiatan itu benar.
"Daripada maklumat yang kami dapat, ia memang berlaku perkara tersebut, cuma isunya ialah masih lagi kita melihat, sama ada kesalahan mengedarkannya itu kepada orang Islam. Ini kerana Artikel 11 (4) jelas menyebut agama lain bebas mengamalkan tetapi tidak boleh didakwahkan dan dipromosikan.
"Saya ingin memberi nasihat jangan menimbulkan apa-apa masalah kerana kita kena hormat Perlembagaan Persekutuan yang ada," katanya.
Katanya pihak yang berbuat demikian bukannya dari pihak Kristian atau gereja di situ tetapi dipercayai dari wakil NGO dan beliau turut meminta NGO terbabit agar tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada masyarakat.
Mujahid berkata pihaknya mahu isu tersebut diselesaikan dan tidak mahu sebarang unsur kebencian timbul di sebalik perlakuan aktiviti tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 06 2018
MUJAHID: Apa yang ingin saya nasihatkan dalam hal ini, kita perlu menerima nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perkara ini perlu dibincang dahulu. - Gambar fail/BERNAMA
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
ICERD: Jangan buat andaian melampau - Mujahid
Masyarakat dinasihat untuk tidak membuat andaian melampau berhubung hasrat Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).