Skip to main content

Malaysia

ICERD: Penyerahan memorandum di Istana Negara, polis sedia pastikan keamanan

61544229601_ICERD.jpg
Kira-kira 170 anggota polis mula berkawal di hadapan Istana Negara sebagai langkah memastikan kelancaran dan keamanan apabila beberapa kumpulan silat dijadual akan menyerahkan memorandum sempena perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di sini pagi Sabtu.

Seramai 138 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Brickfields dan 25 anggota dan pegawai polis trafik dari Balai Polis Trafik Jalan Bandar, mula melakukan kawalan keselamatan sejak jam 8 pagi.

Difahamkan, kumpulan silat yang akan menyerahkan memorandum berkenaan akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta sebelum berarak menuju ke pintu 3 Istana Negara, pagi ini.


Advertisement

Must Watch Video