awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf JRTB di Perak - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICERD perlu dikaji, ada peruntukan tidak sesuai - Tun Mahathir

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/11/2018
12:48 MYT
ICERD perlu dikaji, ada peruntukan tidak sesuai - Tun Mahathir
Terdapat peruntukannya yang didapati tidak bersesuaian dengan apa yang diamalkan Malaysia, kata Tun Mahathir. - Astro AWANI / Shahir Omar
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung proses meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Ini kerana, terdapat beberapa peruntukannya yang didapati tidak bersesuaian dengan apa yang diamalkan Malaysia.
"Memang kita masih perlu buat perbincangan dan pertimbangan kerana ada peruntukannya tidak sesuai dengan negara kita," kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Sebelum ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Ketua Armada Bersatu, tegas dengan pendirian menolak ICERD sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu.
ICERD merupakan konvensyen di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berasaskan prinsip maruah dan kesamarataan, yang memperuntukkan setiap individu adalah sama rata dalam hal perundangan dan berhak mendapat perlindungan saksama daripada sebarang diskriminasi dan hasutan untuk mendiskriminasi.
Topic Berkaitan
#ICERD
#kerajaan
#Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskr
#Malaysia
#PBB
#Perdana Menteri
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan