Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa Jumaat.

Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Baginda turut perkenan permohonan Tan Sri Tommy Thomas memendekkan perkhidmatan beliau pada 28 Februari lalu.

"Ia selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tommy atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara," katanya.



Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri mengenai Perkhidmatan Peguam Negara.