awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IJN nafi kenyataan tular mengenai surat jaminan

Bernama
Bernama
24/08/2017
09:26 MYT
IJN nafi kenyataan tular mengenai surat jaminan
IJN hari ini menafikan kenyataan yang tular di media sosial berhubung isu surat jaminan (GL) yang didakwa dikeluarkan oleh IJN atau kakitangannya.
IJN menafikan hari ini kenyataan yang tular di media sosial berhubung isu surat jaminan (GL) yang didakwa dikeluarkan oleh IJN atau kakitangannya.
Sebaliknya IJN memaklumkan institut perubatan berkenaan sedia berkhidmat untuk semua kategori pesakit yang mendapatkan rawatan berdasarkan polisi perlindungan kesihatan ditetapkan oleh majikan ke atas pekerja dan/atau tanggungan mereka.
Baru-baru ini tular di Facebook dan aplikasi Whatssap satu kenyataan bertarikh 9 Ogos kononnya permohonan GL bagi IJN adalah sama seperti hospital swasta yang lain dan kemudahan perubatan tidak lagi diberikan kepada ibu bapa dan pasangan kakitangan kerajaan.
"Kami ingin memaklumkan bahawa Institut Jantung Negara Sdn Bhd adalah sebuah entiti korporat yang beroperasi di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan). IJN merupakan sebuah hospital swasta milik kerajaan sejak penubuhannya pada tahun 1992.
"Sebagai hospital tertiari, IJN menerima semua jenis surat jaminan dari semua agensi kerajaan sama ada persekutuan, negeri ataupun badan berkanun, syarikat swasta dan juga pesakit persendirian yang datang ke IJN sendiri," menurut kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu menyebut pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di IJN dengan mengunakan surat jaminan kerajaan atau syarikat korporat, dinasihatkan merujuk pekeliling agensi/organisasi atau dasar syarikat terlebih dahulu untuk mendapatkan pemprosesan prosedur yang betul.Ini kerana. katanya, polisi perlindungan kesihatan atau surat jaminan yang dikeluarkan kepada pekerja dan/tanggungan mereka adalah tertakluk kepada kelayakan yang telah ditetapkan oleh majikan di agensi, organisasi dan syarikat masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IJN
#kesihatan
#perubatan
#surat jaminan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan