awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikan mati akibat sumber air tercemar, 17 penternak rugi lebih RM500,000

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2019
09:58 MYT
Ikan mati akibat sumber air tercemar, 17 penternak rugi lebih RM500,000
Beberapa pengusaha sangkar ikan berputih mata apabila ternakan mereka mati akibat pencemaran air. - Astro AWANI
Tujuh belas penternak ikan sangkar di Sungai Cawat, Kuala Besut, Terengganu mendakwa kerugian lebih RM500,000 akibat sumber air tercemar.
Masalah itu dikatakan berpunca daripada air buangan hasil aktiviti pertanian penanaman padi di kawasan Skim Pengairan Padi Pengkalan Nangka.
Menurut penternak, ribuan ikan kerapu hibrid, siakap dan talapia merah dan talapia hitam milik mereka, mati sebelum sempat dituai.
“Kadar kematian sekarang tu tinggi. Makin hari makin meningkat lah… kerugian tu dianggarkan dalam beratus ribu ringgit dah. Tiap hari makin teruk (keadaannya),” ujar penternak, Norizan Che Mohd Nor yang bimbang jumlah ikan yang mati kian bertambah.
Sementara itu, seorang lagi penternak, Hasyim Yunus, menzahirkan rasa bimbang kerana masalah itu amat membebankan penternak skala kecil sepertinya.
“Kami mengalami kerugian agak besar. Kami sebenarnya sekadar penternak-penternak kecil. Dengan kos yang kami keluarkan, ingat berbaloilah tahun ni untuk kembali ke modal lepas.
“Tapi bila masalah kematian ikan ini, rasanya tahun ni kami semua mungkin berputih mata. Banyak (kerugian) yang kami alami, dari segi wang ringgit, benih ikan dan makanan. Kos kerugian saya hampir mencecah RM25,000 setakat ini,” keluhnya.
Sehubungan itu, penternak memohon supaya cadangan pembinaan pintu air pada pertemuan dengan agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah Besut, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya Mac lalu disegerakan.
Ia bagi menghalang berlaku pencemaran berterusan sekali gus mengelak penternak terpaksa menanggung kerugian lebih besar.
Topic Berkaitan
#ikan ternakan mati
#pencemaran
#penternak
#sumber air tercemar
#ternak ikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan