Tutup

Ikan naga 12 kaki ditemui di Kuala Baram

Ikan naga 12 kaki ditemui di Kuala Baram
Ikan naga atau nama saintifiknya Regalecus Glesne menggemparkan orang ramai di Pasar Ikan Kampung Batu Satu, Kuala Baram, Miri. - Gambar Astro AWANI
MIRI: Penduduk di sini gempar dengan penemuan seekor ikan naga atau nama saintifiknya Regalecus Glesne di Pasar Ikan Kampung Batu Satu, Kuala Baram, di sini pada Sabtu.

Orang awam begitu teruja sekali mendapat peluang melihat ikan tersebut yang panjangnya dianggarkan lebih 12 kaki.

Ikan spesis laut dalam itu diletakkan di pasar tersebut untuk dijual.

Ada yang mengatakan isi ikan itu seakan-akan rasa ikan lumek atau nama saintifiknya Bombay Duck.
Di Jepun, ikan berkenaan banyak terdapat dalam cerita-cerita rakyat negara itu dan menurut kepercayaan tradisi Jepun, apabila ikan berkenaan ditemui terdampar di pantai, ia menunjukkan bahawa gempa bumi akan berlaku.