Imam ditikam kerana baca al-Quran guna pembesar suara

Imam ditikam kerana baca al-Quran guna pembesar suara
Suspek terus menikam bahagian dada mangsa yang berusia 37 tahun dengan menggunakan objek tajam dan terus melarikan diri.
BESUT: Seorang pemuda naik hantu dengan bertindak menikam dada seorang imam kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Suspek yang berusia 23 tahun itu dikatakan bertindak demikian kerana mendakwa bacaan itu telah menganggu tidurnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Ahad, mangsa sedang mengaji al-Quran di Masjid Kampung Apal sebelum didatangi suspek dari arah belakang.
Suspek terus menikam bahagian dada mangsa yang berusia 37 tahun dengan menggunakan objek tajam dan terus melarikan diri.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kiri dada dan menerima tujuh jahitan selepas mendapat rawatan di Hospital Besut.

Mangsa merupakan imam di Surau Rantau Petronas, Kerteh, Terengganu.

Difahamkan, mangsa pulang ke Besut kerana menguruskan jenazah ayahnya yang meninggal dunia pada 10 Mei 2019.

Ketika kejadian, terdapat dua orang jemaah sedang berehat di ruangan belakang masjid.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Mohd Zamri Mohd Rowi berkata suspek juga didapati positif methamphetamine dan mengaku menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

Katanya suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan mangsa menggunakan senjata tajam.



Tag: imam ditikam, Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Masjid Kampung Apal, pembesar suara, mengaji Al-Quran, Polis Daerah Besut, senjata tajam


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.