awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam Dua Masjid Negara ditampar ketika rakaat pertama solat Jumaat

Hans Yusoff, Israr Khalid
Hans Yusoff, Israr Khalid
18/09/2015
07:46 MYT
Imam Dua Masjid Negara ditampar ketika rakaat pertama solat Jumaat
Ustaz Yusof Ahmad menceritakan detik-detik Imam Dua Masjid Negara ditampar lelaki tidak dikenali. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki dipercayai warganegara India ditahan pihak polis kerana menampar muka Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, hari ini.
Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat dan ia terhenti ketika rakaat pertama.
Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad, lelaki itu dipercayai mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang bersolat dan menolak Yusof tersebut sebelum menampar Zuhairee yang sedang memimpin solat sehingga solat terpaksa dihentikan.
"Saya sangkakan Imam tersangkut bacaannya. Secara tiba-tiba, lelaki tersebut muncul dan terus menampar Imam," jelasnya.
Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan dalam bahasa India, bagaimanapun dia tersadung pada tripod kamera sebelum berjaya ditangkap oleh jemaah yang berada di dalam masjid.
Dia seterusnya dibawa oleh beberapa orang jemaah dengan dibantu anggota pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal sementara menunggu polis tiba.
Tiada kecederaan serius terhadap Imam Zuhairee dilaporkan dan beliau kembali untuk memulakan semula solat Jumaat yang telah tergendala.
Sejurus selesai solat, jemaah berpusu-pusu ke pondok pengawal dan ada yang berkesempatan untuk merakam wajah lelaki terbabit yang dikawal ketat pihak pengawal keselamatan dan ahli jawatankuasa masjid serta anggota polis trafik.
Anggota polis tiba sekitar jam 2.10 petang dan membawa lelaki itu ke Balai Polis Tun HS Lee di sini untuk disoal siasat.
Wartawan penyiaran Astro AWANI, Hans Yusoff dan Israr Khalid bersama jurukamera Md Ruzi Mohamad Saman yang berada di Masjid Negara, merakam detik-detik suspek terbabit terus dibawa masuk ke kereta polis sambil diasak jemaah yang berang dengan kejadian itu.
Berlaku sedikit kekecohan di luar Masjid Negara sewaktu lelaki tersebut dibawa ke balai polis. pic.twitter.com/3IclEyJhGM
— Astro AWANI (@501Awani) September 18, 2015
Video kekecohan di luar Masjid Negara sewaktu lelaki tersebut ditahan. pic.twitter.com/ccQCW69Xc0
— Astro AWANI (@501Awani) September 18, 2015
[TERKINI] Seorang lelaki ditahan kerana menampar muka Imam 2 Masjid Negara sewaktu solat Jumaat. pic.twitter.com/2M83Vj3vBX
— Astro AWANI (@501Awani) September 18, 2015
Sementara itu, PDRM memaklumkan susulan insiden itu suspek berusia 31 tahun dari Kashmir, India.
Menurut polis, siasatan mendapati suspek kelihatan seakan mengalami gangguan mental kerana dilihat bercakap seorang diri.
Topic Berkaitan
#Imam Dua
#Masjid Negara
#Mohd Zuhairee Mohd Yatim
#Solat Jumaat
#Ustaz Yusof Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan