awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam maut ditetak sepupu sendiri

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
09/01/2020
06:23 MYT
Imam maut ditetak sepupu sendiri
Seorang imam maut akibat ditetak oleh sepupunya sendiri selepas menunaikan solat Subuh di Kampung Mamaitom, Tenom awal pagi Khamis. - Gambar hiasan
Seorang imam maut selepas ditetak oleh sepupunya sendiri sejurus menunaikan solat Subuh dalam kejadian di sebuah surau di Kampung Mamaitom, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar pukul 5.30 pagi itu, Platani Ukir, 35, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah akibat ditetak oleh suspek di bahagian belakang kepala.
Difahamkan ketika insiden berlaku, mangsa dikatakan baru sahaja selesai daripada menunaikan solat Subuh di surau kampung berkenaan dan sedang berjalan menuju ke tempat letak motosikalnya.
Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai diserang dari arah belakang oleh suspek.
"Saksi yang berada di lokasi kejadian kemudiannya menyedari perkara itu selepas terdengar bunyi bising lalu melihat mangsa sedang terbaring dan suspek juga dilihat menekan leher mangsa sambil memegang tukul dan terdapat sebilah parang di bahagian pinggangnya.
"Mereka (saksi) cuba membantu namun dihalang suspek sebelum bertindak menghubungi polis untuk meminta bantuan," katanya.
Menurut Hasan, sepasukan polis yang tiba di lokasi insiden kemudiannya menahan suspek dan merampas parang serta tukul yang dibawa lelaki berkenaan.
" Siasatan awal mendapati mangsa merupakan sepupu kepada suspek terlibat.
"Hasil pemeriksaan dan siasatan lanjut juga mendapati suspek yang terlibat ini dipercayai seorang pesakit mental dan punca kejadian ini masih dalam siasatan polis," katanya.
Jelasnya lagi, suspek lelaki berusia 53 tahun itu sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#imam
#Imam maut ditetak sepupu sendiri
#maut
#sepupu
#Tenom
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan