awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
[KOLUMNIS] Universiti tidak jamin pekerjaan tetapi bina keupayaan jangka panjang mahasiswa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Impian besar Abang Johari untuk Sarawak

Shafizan Johari
Shafizan Johari
23/11/2017
05:35 MYT
Impian besar Abang Johari untuk Sarawak
Abang Johari sebelum ini mengumumkan peruntukan RM500 juta bagi membangunkan internet berkelajuan tinggi di negeri itu. - Gambar fail
Sarawak komited untuk mewujudkan ekosistem yang membolehkan ekonomi digital terus berkembang di negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ekosistem yang bersesuaian akan membolehkan rakyat Sarawak meneroka peluang dalam ekonomi digital.
Katanya, tidak mustahil jika pelajar-pelajar sekolah di Sarawak suatu hari nanti akan berkemampuan membina aplikasi mudah alih, jika negeri berkenaan sudah dilengkapi dengan ekosistem digital yang sempurna.
Abang Johari sebelum ini mengumumkan peruntukan RM500 juta bagi membangunkan internet berkelajuan tinggi di negeri itu.
Beliau berkata RM1 bilion diperlukan untuk membina lebih banyak menara telekomunikasi dan mewujudkan lebih banyak sambungan fiber optik dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.
“Dalam tempoh dua tahun, kita akan sambungkan Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan dengan teknologi fiber optik dan pengkomputeran awan.
"Apabila proses ini selesai, semua perkara akan boleh didigitalkan. Kita akan mengunakan teknologi fertigasi yang boleh dikawal menerusi sensor. Inilah Revolusi Industri Ke-4,” jelas Abang Johari.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual Agenda Khas Awani di Saluran 501, Astro AWANI di Kuching malam tadi.
Jelasnya bagi mencapai sasaran itu, Sarawak memerlukan ramai bakat dalam bidang keselamatan siber, kejuruteraan molecul dan pengaturcaraan sosial.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Openg
#digital
#ekonomi
#Internet
#keselamatan
#Ketua Menteri
#rakyat
#revolusi industri 4 0
#Sarawak
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan