awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imran Khan tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia

Bernama
Bernama
03/02/2020
15:41 MYT
Imran Khan tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan disambut oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sejurus tiba untuk lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.
Pesawat khas dari Karachi yang membawa Imran Khan bersama delegasi peringkat tinggi negara itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.15 malam.
Ketibaan bekas bintang kriket itu disambut oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu selaku Menteri Pengiring di Kompleks Bunga Raya KLIA. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia, Amna Baloch.
Ini merupakan lawatan kerja kali kedua Imran Khan ke Malaysia sejak menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2018.
Wisma Putra, dalam kenyataan sebelum ini, berkata Imran Khan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi esok bagi membincangkan, antara lain, kerjasama dua hala yang sedia wujud dan bertukar pandangan mengenai isu global dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas bintang kriket
#enteri Pertahanan
#Imran Khan
#Karachi
#KLIA
#lawatan kerja
#Malaysia
#Mohamad Sabu
#Pakistan
#perdana menteri pakistan
#pesawat khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan