awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indah Water nafi kenakan caj berganda

Bernama
Bernama
22/12/2017
10:51 MYT
Indah Water nafi kenakan caj berganda
Menurut IWK, terdapat dua sistem pembetungan di Malaysia iaitu perkhidmatan bersambung dan pengosongan tangki septik individu. - Gambar hiasan
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menafikan dakwaan pihaknya mengenakan caj berganda untuk perkhidmatan pembentungan di kawasan Ipoh dan Bidor di Perak.
IWK dalam kenyataan hari ini berkata wakil IWK di Ipoh sedia berjumpa dengan pihak berkaitan untuk menjelaskan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan mengenakan caj sebanyak RM150 yang disiarkan akhbar berbahasa Cina.
IWK menjelaskan terdapat dua sistem pembetungan di Malaysia iaitu perkhidmatan bersambung dan pengosongan tangki septik individu.
Bagi perkhidmatan bersambung untuk kategori domestik, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak RM2 ke RM8 sebulan. Jika terdapat sebarang masalah sekatan di paip pembetungan persendirian, IWK akan mengenakan caj tambahan RM190.80 (termasuk GST) untuk mengeluarkan satu sekatan.
Bagi perkhidmatan pengosongan tangki septik individu pula pelanggan IWK akan dikenakan caj sebanyak RM2 ke RM 6 sebulan untuk tempoh dua tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akhbar
#akhbar berbahasa Cina
#caj berganda
#Indah Water Konsortium
#IWK
#pembentungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan