Individu memotong gelang kuarantin dan langgar tempoh kuarantin adalah antara yang ditahan semalam (Isnin, 17 Ogos).

Ini lima tumpuan sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 93 individu atas kesalahan ingkar Perintah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Daripada jumlah itu, 7 direman, 4 dijamin, dan 82 dikompaun.

2. Dari 1 Mei sehingga 17 Ogos 2020, seramai 3,569 PATI, 652 tekong dan 193 penyeludup telah ditahan menerusi Operasi Benteng.

3. Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP meneliti dan meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum di sekolah berkuatkuasa 1 September 2020.

4. Mesyuarat Khas meneliti dan meluluskan pembentangan KPM mengenai Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Teknikal Dan Vokasional berkuatkuasa 1 September 2020. Garis Panduan PdP Amali Teknikal Dan Vokasional melibatkan lebih 89 buah Kolej Vokasionalserta Sekolah Menegah Kebangsaan dan Sekolah Menegah Teknik yang terpilih.

5. Kerajaan Negeri perlu merujuk kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai SOP PKP. Ini termasuk pengisytiharan PKPD di satu-satu kawasan dalam negeri.