"Individu tidak dapat menyelesaikan masalah seperti perubahan iklim secara sendirian. Ia tidak akan berlaku," kata bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Yang terbaik seseorang boleh lakukan, katanya, ialah terus bekerja dan berusaha untuk terus maju sebaik yang mungkin, memahami hakikat bahawa seseorang itu tidak akan dapat menyelesaikan tugas itu.
"Kita pada asasnya berlari dalam perlumbaan (dan) membawa baton, kemudian hulurkan kepada pelari lain, yang akan terus mara.
"Memang difahami apabila anda masih muda, anda berasa memerlukan tindakan segera tetapi (anda) juga perlu faham bahawa itulah yang akan berlaku," katanya.
Obama menjawab persoalan daripada peserta sempena Persidangan Pemimpin Yayasan Obama: Program Asia Pasifik selepas sidang pleno beliau hari ini mengenai, Bagaimana Asia Pasifik Membentuk Kita. Moderator sidang pleno itu ialah saudara tiri perempuan beliau, Maya Soetoro-Ng.
Obama berkata beliau berpuas hati telah sediakan mekanisme yang mengenakan standard dan menghantar isyarat kepada perusahaan perniagaan yang mula melabur dalam tenaga bersih kerana mereka melihat perubahan akan datang.
BACA: 'Hidup di Indonesia buka mata saya bahawa dunia ini luas' - Obama
"Dan itulah bagaimana perubahan akan berlaku dan bukan hanya untuk perubahan iklim. Jika anda prihatin tentang kemiskinan di negara ini, negara anda tidak akan menjadi miskin dalam sekelip mata...Jika anda prihatin mengenai kesaksamaan wanita, wanita tidak akan mendapat hak yang sama dalam sekelip mata. Atau antirasuah, atau apa sahaja anda akan hadapi rintangan".
Obama juga bercakap semasa beliau berada di Rumah Putih, apabila mereka merasa tidak dapat 100 peratus daripada apa yang mereka mahu, ia tidak memberi kesan kepada mereka.
Beliau berkata orang jarang mendapat 100 peratus daripada apa yang mereka mahu kerana dunia terlalu rumit.
"Saya selalu memberitahu staf saya, kita akan membuat perkara lebih baik. Kerana lebih baik adalah bagus.
Obama juga berkongsi dengan hadirin antara pelajaran kepimpinannya, yang mengelilingi dirinya dengan orang-orang yang sanggup memberitahunya jika dia salah atau bertanya kepadanya.
"Jika semua yang anda ada adalah orang yang 'ya' sepanjang masa, (yang akan) ketawa mendengar semua jenaka anda...oh ya presiden, pandangan bijak, anda hebat, bukan sahaja anda tidak akan memperbaiki, anda akan membuat kesilapan besar," katanya.
Beliau menggalakkan pemimpin muda untuk cukup yakin bahawa seseorang itu tidak tahu segala-galanya dan ia adalah bagus untuk belajar kebijaksanaan dan pengalaman daripada orang lain.
Sesi itu merupakan sebahagian daripada program Pemimpin, yang turut merangkumi bengkel pembinaan kemahiran, latihan pembangunan kepimpinan dan peluang untuk berhubung dengan pemimpin daripada pelbagai bidang serta rantau berbeza.
Awal minggu ini, isteri Obama, Michelle dan bintang Hollywood Julia Roberts bercakap pada sidang pleno program itu.
Pasangan itu mendedikasikan banyak masa mereka kepada Yayasan Obama yang tidak berasaskan keuntungan, termasuk inisiatif Girls Opportunity Alliance yang Obama promosikan di Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 13 2019
OBAMA: Kita pada asasnya berlari dalam perlumbaan (dan) membawa baton, kemudian hulurkan kepada pelari lain, yang akan terus mara. - Foto AP
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.
Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.
Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.
Obama umum positif COVID-19
Beliau dalam pada itu turut memaklumkan isterinya Bekas Wanita Pertama Michelle negatif jangkitan itu setakat ini.
Pertembungan generasi tua dan muda sebenarnya cetuskan cabaran berbahaya - Obama
Masih ramai golongan berusia yang berada di takuk lama termasuk cara kepimpinan dan pemikiran
Sisi luka perang di Afghanistan tinggalan Amerika
Sorotan kesan misi hampir dua dekad tentera Amerika Syarikat di Afghanistan ke atas generasi kanak-kanak, yang paling terdera disebabkan perang. Nasib mereka terus tidak menentu di tangan Taliban
Ekonomi dunia: China tidak akan lepasi AS sebagai pemimpin global - Biden
Biden berjanji akan membuat pelaburan besar bagi memastikan negara Uncle Sam itu menang dalam persaingan membabitkan dua gergasi ekonomi dunia itu.