awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu ubah suai motosikal tanpa kebenaran berdepan tindakan sita

Bernama
Bernama
08/09/2019
22:25 MYT
Individu ubah suai motosikal tanpa kebenaran berdepan tindakan sita
Mohd Nadzri (dua, kiri) melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal selepas sidang media mengenai Op Khas Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Jalan Duta arah selatan malam tadi. --fotoBERNAMA
Polis memberi amaran kepada penunggang motosikal terutama jenis Yamaha 15ZR atau 'Ysuku' untuk tidak mengubahsuai motosikal tanpa kebenaran kerana ia menyalahi undang-undang.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata tindakan sita akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.
"Dulu motosikal yang popular untuk ubah suai adalah Honda EX5 dan sekarang Ysuku... ini bahaya kerana mereka ubah suai kelajuan melebihi kemampuan motosikal.
"Trend ini dalam pemerhatian pihak polis. Motosikal itu (Ysuku) memang laju... kenapa perlu ditingkatkan lagi kelajuannya? Ini akan datangkan musibah," katanya kepada pemberita ketika ditemui menjalani Ops Khas Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Duta di sini, malam tadi.
Mengulas mengenai operasi tersebut, Mohd Nadzri berkata, 1,384 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi yang bermula sejak Selasa sehingga malam tadi.
Menurutnya, dalam tempoh itu juga, 18 pemandu berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan kerana positif dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Nadzri Hussain
#motosikal
#operasi
#polis
#saman
#siasatan
#tol
#ubah suai motosikal
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan