Individu yang meletupkan bahan letupan bunga api mesti berlesen dan mempunyai kelayakan untuk melakukannya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata penganjur persembahan bunga api yang diadakan di mana-mana kawasan tidak boleh mengupah individu dengan sebarangan untuk meletupkan bahan letupan bunga api bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini akibat tidak mengikut prosedur.
"Jenis bahan letupan yang digunakan juga mesti bahan yang mematuhi piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan.
"Inilah antara perkara yang akan dilihat oleh pihak polis sebelum meluluskan sesuatu pertunjukkan bunga api," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Selain itu, katanya, jarak antara peletup bahan letupan bunga api dengan orang ramai juga perlu diambil kira bagi memastikan keselamatan penonton.
Khalid diminta mengulas insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di tapak Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi.
BACA: Saksi lihat bunga api meletup dan menuju ke arah penonton
Beliau berkata polis akan menyiasat punca Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak membuat permohonan kepada polis sebelum persembahan itu diadakan.
Katanya polis juga akan menyiasat sama ada individu yang meletupkan bunga api pada majlis itu mempunyai lesen atau sebaliknya.
MPK merupakan penganjur Fiesta Gegar Klang 2016 yang berlangsung dari 30 Dis hingga hari ini.
Seramai 14 orang terdiri daripada empat kanak-kanak dan 10 dewasa melecur akibat terkena letupan bunga api itu.
Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara dan mencederakan mereka yang berada di kawasan berhampiran.
Sementara itu, semakan yang dibuat oleh Bernama dengan polis berhubung permohonan permit oleh beberapa penganjur pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu di ibu kota malam tadi mendapati mereka mempunyai permit untuk mengadakan pertunjukan itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya telah meluluskan permohonan kesemua pusat beli belah yang ingin mengadakan pertunjukan bunga api malam tadi di premis mereka.
"Sebelum permit diberikan, polis telah memeriksa kawasan yang ingin dijadikan tapak pelancaran serta meneliti bahan letupan yang akan digunakan pada majlis itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Zani menambah kata, setiap kawasan yang diteliti haruslah mempunyai jarak yang selamat dan orang awam tidak boleh mendekati kawasan yang dijadikan tapak terbabit. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 01 2017
14 pengunjung cedera ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di tapak Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi. - Foto Facebook Amirul Hafiz Hamid
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
11 kes rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan
Polis Kelantan merekodkan 11 kes rampasan mercun dan bunga api tanpa permit sah sejak awal Januari hingga semalam bernilai RM38,600.
PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak
Satu permohonan tidak diluluskan kerana pemohon mempunyai rekod jenayah.
Polis Kelantan lulus 159 permohonan permit jual mercun, bunga api
Polis Kelantan meluluskan 159 daripada 267 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitiri setakat ini.
Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun
Daripada jumlah itu, 25 permohonan telah diluluskan manakala bakinya sedang dalam proses penelitian dan akan selesai dalam tempoh terdekat.
Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat
Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah.
Berang tak dapat beli bunga api, lelaki baling minyak petrol
Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling botol minyak petrol di sebuah gerai jualan sehingga mengakibatkan kebakaran.
Lupakan sambutan bunga api demi Palestin
Bukan hanya orang dewasa malah kanak-kanak dan pengunjung bukan Muslim termasuk pelancong asing turut hadir bagi menzahirkan solidariti.
Letupan, percikan bunga api kebakaran kilang mungkin berpunca daripada bateri - Bomba
Bunyi letupan kuat dan berterusan dalam kejadian kebakaran sebuah kilang di Bukit Selambau dekat sini malam tadi, dipercayai berpunca daripada bateri yang disimpan di dalam premis terbabit.
Kebakaran kilang akibatkan letupan seperti bunga api
Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau dipercayai turut mengakibatkan letupan seakan-akan bunga api sehingga dapat dilihat jelas oleh pengguna jalan raya dalam kejadian petang Ahad.
Laungan 'Merdeka', percikan bunga api, forum agama mengisi sambutan ambang Hari Kebangsaan
Tepat 12 tengah malam, beberapa lokasi bermandikan percikan bunga dengan para pengunjung melaungkan 'Merdeka' dengan penuh bersemangat.