awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor

Influenza A: SK Stella Maris, sekolah pertama ditutup di Sabah

Bernama
Bernama
21/01/2020
11:32 MYT
Influenza A: SK Stella Maris, sekolah pertama ditutup di Sabah
Murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Marris Tanjung Aru beratur di luar bilik darjah sebelum pulang hari ini. Sekolah tersebut menjadi sekolah pertama ditutup di Sabah berikutan penyakit influenza A (H1N1). - Foto BERNAMA
Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris di sini ditutup, selepas enam pelajarnya dilaporkan menghidapi penyakit Influenza A atau H1N1.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung ketika mengesahkan penutupan sekolah itu berkata, notis penutupan sekolah itu dibuat Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan terus melakukan pemantauan", katanya selepas majlis penyerahan kepala singa sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada 40 Persatuan Cina oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas notis arahan penutupan sekolah itu selama tujuh hari, bermula esok.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata semua pihaknya khususnya ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memantau anak-anak mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Katanya di pihak kerajaan, menerusi JKNS akan berusaha memastikan gejala penyakit berjangkit ini dikawal dan ditangani agar tidak terus merebak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#kesihatan
#Ketua Menteri
#Ketua Menteri Sabah
#Kota Kinabalu
#menteri
#Mohd Shafie Apdal
#Shafie Apdal
#Tahun Baru Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.