awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar PKP: 12 lelaki lepak berbual kosong ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2020
09:55 MYT
Ingkar PKP: 12 lelaki lepak berbual kosong ditahan polis
Semua 12 lelaki berusia 18 hingga 57 tahun itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan. - PDRM
Seramai 12 lelaki di tahan polis selepas sengaja berkumpul di sebuah pondok dan Pasar Bisik di Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang untuk berbual kosong semasa arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata enam lelaki pertama ditahan di sebuah pondok di Kuala Muda, Penaga pada jam 11.10 malam kerana melepak dan enggan beredar selepas diarah polis.
Manakala empat lagi ditahan ketika duduk melepak di Pasar Bisik tidak jauh dari lokasi pertama.
Katanya dua lagi remaja lelaki ditahan di Mak Mandin pada 1.50 pagi hari ini ketika sedang menunggang sebuah motosikal.
Ketika disoal mereka gagal memberi penerangan yang munasabah melakukan pergerakan meninggalkan kediaman mereka.
Noorzainy berkata semua 12 lelaki berusia 18 hingga 57 tahun itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Mereka disiasat menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah didalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ingkar PKP
#koronavirus
#kuala muda
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#polis
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan