Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ini 10 perkara anda perlu tahu tentang Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2019

Ini 10 perkara anda perlu tahu tentang Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2019
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menyampaikan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Malaysia 2019 di Putrajaya pada Jumaat. -Gambar fail
LAPORAN Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Malaysia 2019 telah dibentangkan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pada Jumaat.

Ini 10 perkara penting yang anda perlu tahu tentang laporan tersebut:


1. Kadar Kemiskinan Mutlak bertambah baik pada tahun 2019 iaitu 5.6 peratus berbanding 7.6 peratus pada 2016.

2. Pendapatan isi rumah penengah di negara ini menunjukkan pertumbuhan sederhana sebanyak 3.9 peratus setahun kepada RM 5,873 pada 2019.
3. Kadar kemiskinan tegar direkodkan sebanyak 0.4 peratus pada 2019 berbanding 0.6 peratus pada 2016.

4. Pendapatan purata meningkat 4.2 peratus setahun kepada RM7,901.
5. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Selangor dan Johor mencatatkan nilai pendapatan purata lebih tinggi daripada paras nasional iaitu RM7,901.

6. Perbelanjaan purata isi rumah meningkat 3.9 peratus.

7. Komposisi perbelanjaan komponen perkhidmatan meningkat kepada 52.1 peratus.

8. Perbelanjaan komunikasi kekal 5.0 peratus dalam tempoh tiga tahun.

9. Perbelanjaan Kesihatan dan Pendidikan meningkat 0.2 peratus

10. Perbelanjaan Rekreasi dan Kebudayaan meningkat masing-masing 0.3 dan 0.1 peratus.

11. Perbelanjaan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah meningkat 0.2 peratus.