Pembukaan sekolah bagi kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara ialah pada 24 Jun, 2020 menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin.

Ini akan melibatkan 500,444 pelajar dari 2,440 buah sekolah di seluruh negara.

Berikut ialah normal baharu yang wajib dipraktikkan oleh pelajar, guru-guru dan pihak pentadbiran ketika sesi persekolahan bermula:

1. Pemeriksaan suhu badan perlu dibuat dengan pelajar mengikut laluan pergerakan ditetapkan. Pelajar yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 Celcius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

2. Meja di dalam kelas disusun pada jarak satu meter dengan kapasiti maksimum tidak lebih 20 pelajar.

3. Waktu rehat berperingkat perlu dikuatkuasakan. Makanan dan minuman akan siap dibungkus, pelajar perlu beratur mengikut tanda penjarakan sosial dan makan di dalam kelas dibawah pengawasan guru.

4. Aktiviti di luar bilik darjah dan ko-kurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan begitu juga perhimpunan sekolah.

5. Katil di bilik asrama disusun jarak 1 meter.