Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendedahkan senarai 51 sungai tercemar berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2017.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata, 24 sungai berada pada Kelas Tiga, 26 sungai Kelas Empat, dan sebatang sungai Kelas Lima.

Terdapat enam kelas sungai dikategorikan JAS iaitu Kelas 1 (Dalam keadaan semulajadi), Kelas 2A (Air memerlukan rawatan konvensional), Kelas 2B (Air boleh digunakan untuk rekreasi), Kelas 3 (Air memerlukan rawatan intensif), Kelas 4 (Hanya untuk tujuan pengairan dan Kelas 5 (Air yang tercemar teruk).

Antara sebab menyebabkan sungai tercemar adalah akibat aktiviti industri, kumbahan, penternakan, dan sikap membuang sampah sesetengah masyarakat.

Senarai sungai tercemar di Malaysia. - Awani Design