NEGARA kita bakal menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-62 dan pelbagai pencapaian dan lakaran sejarah yang telah kita kecapi selama ini.
Namun persoalannya, adakah kita sebagai rakyat Malaysia benar-benar telah memahami erti atau konsep kemerdekaan itu sendiri?
Sempena sambutan hari kemerdekaan, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menzahirkan sesuatu di laman media sosialnya.
Namun, beliau mencatatkan sedikit nada kesalnya terhadap situasi semasa yang menyaksikan kawan-kawan dan peminatnya saling 'berperang' kata-kata kesat di media sosial berikutan beberapa isu.
Dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat, Chong Wei berkata, situasi di media sosial yang dilihat sejak kebelakangan ini adalah perkara yang perlu dipandang serius kerana ia membawa isu kebencian perkauman hingga merosakkan perpaduan.
Menurut Chong Wei, beliau yang baru-baru ini kurang aktif dengan penggunaan media sosial kerana 'sakit hati' melihat kandungan yang kurang menyenangkan seperti lontaran kata-kata kesat antara satu sama lain hanya disebabkan beberapa isu remeh.
“Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan," tegas Chong Wei.
Melihat perkembangan yang meresahkan itu, jaguh badminton negara itu mengimbas kisah pahit manis perjuangannya semasa menentang Lin Dan dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2006, dan mahu pembaca menilai erti di sebaliknya.
"Saya fikir saya akan kalah apabila ketinggalan pada mata 13-20. Adalah mustahil (untuk menang) menentang lawan paling berbakat dengan kekurangan tujuh mata,"
"Saya letih dan sedih. Saya pandang ke atas dan melihat kepada orang ramai. Sokongan lantang mereka tidak pernah goyah. Kemudian terlihat seorang gadis Melayu, mungkin sekitar umur 8 tahun meletakkan kedua tangan bersama dengan matanya tertutup. Dia berdoa untuk saya.
"Di bahagian lain stadium, saya melihat seorang wanita muda India menangis. Saya tidak tahu adakah dia menangis untuk saya? Tetapi saya menganggap itulah yang dia lakukan," tambah beliau lagi.
Dalam masa sama, Chong Wei memberikan kisahnya dari sudut berbeza iaitu tentang anak kepada sahabatnya, seorang budak lelaki Cina berumur 10 tahun yang menjerit nama beliau dengan kuat sehingga pengadil terpaksa berpaling ke sudut itu seperti memberi ‘signal’ agar dia memperlahankan suaranya.
Beliau juga sempat meluahkan rasa terharu dengan situasi apabila seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan beliau setiap kali berentap di dalam gelanggang dan perkara tersebut yang memberikan kekuatan dan semangat untuknya supaya tidak berputus asa.
Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia lebih baik daripada ini.
“Jangan biarkan isu-isu kecil seperti Dong Zong, khat memisahkan kita,"
Jangan biarkan orang kecil menyebarkan kebencian perkauman membuatkan kita kalah,"
Jangan biarkan orang luar mencucuk hidung kita hingga hilang kewarasan kita,"
Jangan biarkan anasir jahat (dari orang Cina, India dan Melayu) mengalahkan negara kita, rakyat kita” menurut entri Facebook jaguh badminton tersebut.
Tambahnya, rakyat Malaysia jauh lebih besar daripada ini. Tunjukkan kita jauh lagi teguh dari semua kisah tidak masuk akal ini.
"Sebarkan kasih sayang bukan kebencian!"
“Saya mahu anak-anak dan cucu saya mempunyai rakan Melayu dan India. Saya mahu mereka berasa selamat di Malaysia, jangan 'bunuh' saat indah Malaysia itu.”
Terakhir sekali, legenda badminton negara itu sempat memberikan ucapan Hari Merdeka dalam kenyataanya yang mendapat lebih 21 ribu perkongsian sejak dimuat naik enam jam lalu.
“Selamat hari merdeka Malaysia, tanah tumpahnya darah ku. Kesetiaan kepada raja dan negara.”
BACA: Chong Wei belum bersedia jadi jurulatih
BACA: Ini kehidupan Chong Wei selepas sebulan bersara
Faris Danial Razi
Fri Aug 30 2019
"Jangan biarkan isu-isu kecil seperti Dong Zong, khat memisahkan kita dan jangan biarkan orang kecil menyebarkan kebencian perkauman membuatkan kita kalah" - Lee Chong Wei - Instagram @leechongweiofficial
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.
Zii Jia gagal mara ke separuh akhir BAC 2024
Lee Zii Jia tewas di tangan Jonatan Christie setelah mencatatkan lima kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.