Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ini garis panduan pengendalian peperiksaan awam, jadual pentaksiran

Ini garis panduan pengendalian peperiksaan awam, jadual pentaksiran
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata pihak pentadbir sekolah perlu menyusun jadual pentaksiran pusat mengikut kesesuaian berdasarkan takwim peperiksaan yang dikeluarkan KPM.
KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Sabtu telah memberikan persetujuan terhadap Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran yang dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Antara garis panduan tersebut termasuk aspek penjarakan sosial, kebersihan serta keselamatan yang perlu diambil kira ketika mengendalikan peperiksaan awam di dalam dan luar pusat peperiksaan.
Selain itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengendali peperiksaan perlu mengambil kira pertambahan bilangan bilik yang digunakan apabila penjarakan sosial dilaksanakan.

“Jika terdapat calon yang bergejala serius, pihak sekolah perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan nasihat serta memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata pihak pentadbir sekolah perlu menyusun jadual pentaksiran pusat mengikut kesesuaian berdasarkan takwim peperiksaan yang dikeluarkan KPM.

Guru juga perlu merancang pelaksanaan pentaksiran pusat berdasarkan kesediaan murid untuk ditaksir dan menjadualkan semula pentaksiran jika terdapat murid yang bergejala, tambah beliau.



Tag: Kementerian Pendidikan, Ismail Sabri Yaakob, Sesi persekolahan, Peperiksaan awam



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.