Lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin, 22 Jun 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. PDRM menahan 97 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

2. PDRM membuat 68 sekatan jalan raya melalui Operasi Benteng di seluruh negara.

3. Aktiviti riadah kolam renang dibenarkan bermula 1 Julai ini.

4. Mesyuarat Khas hari ini juga bersetuju untuk membenarkan aktiviti pawagam, teater dan live event dibuka semula bermula 1 Julai dengan syarat diadakan di dewan tertutup sahaja.

5. Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan dengan kehadiran peserta tidak melebihi 250 orang.