Jika anda tidak berkesempatan menonton sidang media harian COVID-19, ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media berkaitan perkembangan penularan wabak COVID-19 hari ini (29 Mei 2020).

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. 103 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,732 kes dan tiada kematian dilaporkan.

2. Daripada 103 kes baharu, 7 kes kes import. Daripada 96 kes penularan tempatan, 84 kes adalah bukan warganegara Malaysia. 53 kes Kluster Pedas, 24 kes Kluster Syarikat Pembersihan. Kes penularan tempatan melibatkan warganegara Malaysia adalah 12 kes sahaja.

3. Kluster syarikat pembersihan melibatkan 24 kes positif terdiri daripada warganegara Bangladesh.

4. KKM sambut baik pengumuman penambahbaikan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) untuk pekerja asing.

5. Majikan bertanggungjawab memberi pendidikan kepada pekerja mereka tentang amalan kebersihan, langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di tempat tinggal, dan pematuhan kepada pelbagai SOP.