Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, 28 Mei 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. 842 buah kenderaan telah diarah berpatah balik, Selangor mencatat negeri tertinggi melibatkan individu yang cuba rentas negeri.

2. 18,000 rakyat Malaysia telah berdaftar untuk pulang ke tanah air, kerajaan bersedia menanggung 50 peratus kos kuarantin.


3. Kos kuarantin semua pelajar-pelajar tajaan di luar negara yang telah tamat pengajian, perlu ditanggung oleh pihak penaja.


4. 354 PATI dari Depot Imigresen Bukit Jalil (305), Semenyih (45) dan KLIA (4) sedang menerima rawatan di Pusat Kuarantin & Rawatan MAEPS.

5. Indonesia, Nepal dan Bangladesh bersetuju dengan cadangan Kerajaan untuk menghantar pulang rakyat mereka.