Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ini lima perkara yang menjadi tumpuan pada sidang media COVID-19 hari ini

Ini lima perkara yang menjadi tumpuan pada sidang media COVID-19 hari ini
Perkembangan semasa COVID-19 hari ini menyaksikan kes positif di negara ini mencatatkan penurunan berbanding pada Jumaat.
PUTRAJAYA: Perkembangan semasa COVID-19 hari ini menyaksikan kes positif di negara ini mencatatkan penurunan berbanding pada Jumaat.

Berikut beberapa tumpuan sepanjang sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pada Sabtu.

1. Kes baharu positif COVID-19 di negara ini kembali kepada dua digit apabila sebanyak 30 kes baharu dikesan setakat jam 12 tengah hari, hari ini,  menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 7,762 kes.

2. Sebanyak 95 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 6,330 kes atau 81.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
3. Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tiada kes kematian baharu direkodkan di negara ini hari ini akibat COVID-19, ia sekali gus menyaksikan tujuh hari berturut-turut Malaysia tidak mencatatkan sebarang kematian.

Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
4. Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mana-mana pengusaha restoran yang melanggar garis panduan termasuk dikenakan kompaun sehingga RM1,000, kata Dr Noor Hisham.

5. Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya mengesan sembilan kontak rapat membabitkan kes positif pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), setakat ini.



Tag: Noor Hisham Abdullah, Dr Noor Hisham Abdullah, pelajar, koronavirus, Kementerian Kesihatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.