awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini peluang terbaik untuk saya bersihkan nama - Najib

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
04/07/2018
07:52 MYT
Ini peluang terbaik untuk saya bersihkan nama - Najib
BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap pendakwaan dilakukan ke atasnya adalah satu peluang terbaik bagi beliau membersihkan namanya. - Foto ASTRO AWANI / Shahir Omar
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap pendakwaan dilakukan ke atasnya adalah peluang terbaik bagi beliau membersihkan namanya.
Beliau turut mengharapkan agar proses perbicaraan ini dilakukan secara adil berasaskan kedaulatan undang-undang.
"Ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama secara tuntas selepas dituduh dengan berat sekali,” katanya dalam satu sidang media ringkas di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Beliau juga enggan mengulas lanjut kerana perintah larangan sementara halang penyebaran kenyataan kes yang dikeluarkan oleh Hakim Datuk Sofian Abdul Razak.
Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di atas layanan mereka yang baik.
Sebelum itu, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta secara keseluruhan.
Beliau diwakili pasukan pembelaan yang diketuai Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah.
Topic Berkaitan
#1MDB
#mahkamah
#Najib Razak
#SRC International
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan