"Ini semua angkara politik" - Tun Mahathir

"Ini semua angkara politik" - Tun Mahathir
"Ini semua tentang politik, bukan tentang mendedahkan kseilapan seseorang. Ini tentang politik untuk menghalang seseorang daripada berjaya dalam politik" - Perdana Menteri - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, penyebaran video intim yang mengaitkan nama seorang menteri kanan merupakan komplot politik bagi menjatuhkan seseorang dalam dunia politik.

"Ini semua tentang politik, bukan tentang mendedahkan kesilapan seseorang. Ini tentang politik untuk menghalang seseorang daripada berjaya dalam politik,” katanya kepada pemberita selepas program Sidang Kemuncak Melangkau Paradigma di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, penyebaran video intim tersebut dianggap sebagai skema politik yang sudah tentu mempunyai niat untuk menghalang kejayaan seseorang.

Dalam masa sama, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada Azmin sendiri jika ingin mengambil atau sambung bekerja sewaktu disoalkan oleh wartawan mengenai status Menteri berkenaan.

“Ya, awak boleh ambil cuti atau teruskan sahaja kerja. Awak tidak bersalah selagi belum dibuktikan,” ujar Perdana Menteri lagi.

Tag: Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, Azmin Ali, video, politik


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.